Wednesday, October 2, 2013

Siri 1: Titik Mula Baru?

"Reality can be so complex that equally valid observations from differing perspectives can appear to be contradictory."


Memilih untuk berkomitmen dengan penulisan di blog bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Dulu aku pernah ada laman blog; berceloteh dan meluahkan segala apa yang dirasakan mahu dikongsi kepada semua. Penulisan satu medium penceritaan yang aku rasakan sangat santai dan mudah - gampang untuk diusahakan, cuma berkomitmen dengan penulisan di blog secara konsisten itu dirasakan sangat berat.

Jangan dicari pula blog lama aku. Sudah dimusnahkan awal-awal sebelum mula di sini. Terlalu banyak sawang dan habuk; lama sangat tak disentuh jenguk. Kalau lah itu rumah, susah benar nak dijual tu. Usang. Juga punya akses untuk menyumbang di blog-blog dan laman lain atas pelawaan kenalan dan rakan. Sama juga. Habuk pun takdak. Hangat keterujaan tu anti-klimaks.

Ini diharapnya satu titik mula baru. Seronok juga kalau kembali berceloteh di blog. Ada beberapa perkara yang sangat kuat menjentik rasa untuk menulis di blog; LAGI. Salah satunya - untuk turut serta memeriahkan perdebatan pandangan atas satu-satu perkara. Menarik. Serius menarik. Seronok. Nanti kita sama-sama lihat betapa kompleksnya realiti.




Ini titik mula baru. Sengaja dicoraknya entri yang ini dalam gaya penulisan sebegini. Kononnya epilog. Kena serius. Gaya penulisan entri-entri mendatang kemungkinan besar tidak akan konsisten. Sebaris santai, sebaris merapu, sebaris kononnya lagak pejuang bahasa - flirt dengan lenggok gaya penulisan berat dan serabut perut untuk dihadam.

Ini titik mula baru. Kena faham. Bukan pengenalan. Ini entri panaskan enjin.


BR